saya sebagai Ahli PRIBUMI PERKASA SABAH ingin megucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YDP PRIBUMI PERKASA SABAH iaitu Datuk Sri Utama Mohd Jefrry Rosman yang telah banyak berkorban kepada rakyat untuk berjuang untuk sabagai hak hak pribumi sabah .. contoh -
- SANDAKAN: Lebih 50 orang terdiri daripada ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Negara Malaysia (PERKASA) Daerah Sandakan telah berkumpul di Dataran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di sini, kelmarin untuk menyerahkan memorandum bantahan berhubung dakwaan kononnya sebahagian lot-lot bazar Ramadan dibuka secara tender sehingga mencecah bayaran RM1,000.
Penyerahan memorandum berkenaan diketuai oleh Yang Dipertua (YDP) PERKASA Sabah, Dato’ Sri Utama Dr.Mohd Jeffry Rosman dan dihadiri bersama Pengerusi Perkasa Daerah, Boni Yusup Abdullah bagi mendesak MPS supaya mengkaji semula sistem penyewaan yang dianggap terlalu membebankan sekali gus tidak menggambarkan keprihatinan kerajaan dalam membantu peniaga-peniaga kecil tempatan yang mencari pendapatan sampingan sempena bulan penuh berkat itu.
Memorandum diserahkan kepada Setiausaha MPS, Jeffry Haji Aman tetapi bagaimanapun pihak PERKASA Sabah telah memberi tempoh selama 24 jam untuk majlis menyelaraskan semula harga sewa demi hak dan keadilan semua pihak.
Seandainya tiada keputusan untuk tempoh tersebut, pertubuhan ini tidak akan teragak-agak untuk mengadakan satu ‘Perhimpunan Duduk Aman’ pada 1 Julai depan di hadapan pasaraya Milimewa bandar yang terletaknya tapak penyediaan lot-lot bazar Ramadan.
“PERKASA Sabah tidak akan berganjak untuk menyuarakan masalah ini ekoran aduan yang kita terima bahawa ia sudah berlarutan sejak sekian lama. Kita kesal dengan apa yang berlaku kerana boleh disifatkan sebagai menindas rakyat.
“Sepatutnya bulan Ramadan yang penuh berkat itu buatlah amal jariah dan bukan pula meninggikan kadar sewa sehingga membebankan para peniaga. Saya percaya ada udang di sebalik batu terhadap sistem tender yang dilakukan … yakni ada unsur-unsur politik,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menyerahkan memorandum tersebut.
Mohd Jeffry menyatakan rasa kesal dengan cara pihak MPS yang seolah-olah memperlekehkan permintaan mereka sedangkan ianya adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat terutama melibatkan masyarakat pribumi di daerah ini.
Sehubungan dengan itu, katanya, beliau akan memanjangkan masalah ini kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih konkrit.
Ini katanya, cara pihak MPS mengendalikan tapak lot-lot bazar Ramadan adalah tidak selari dengan matlamat murni kerajaan Barisan Nasional (BN) yang seringkali diwar-warkan iaitu Konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Beliau berkata sekiranya tiada ketelusan dalam soal ini maka pihaknya akan berusaha mengumpulkan kira-kira 5,000 orang untuk mendesak majlis supaya menyeragamkan kadar sewa melibatkan 80 lot-lot bazar Ramadan di tapak tersebut.
“Saya beranggapan ada unsur politik kalau tidak, manakan sampai sebahagian lot-lot ada yang ditender. Ini tidak adil bagi mereka yang mencari pendapatan sampingan sempena bulan puasa. Justeru, apa yang kami minta ialah lot-lot bazar dizonkan dengan kadar sewa yang sama rata serta berpatutan demi keadilan semua peniaga-peniaga kecil yang akan mengambil bahagian dalam perniagaan gerai ini.
“Kami harap pihak MPS akur dengan desakan kerana kalau tidak … kami tidak teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan berkenaan yang bakal dihadiri lebih 5,000 orang untuk membantah mengenai hal ini,” tegas Mohd Jeffry yang juga merangkap Naib Presiden PERKASA Malaysia.










No comments:
Post a Comment